MUSIC

Friday, 14 October 2016

BERUBAH ? 

Setelah sekian lama menyepi daripada dunia per'blog'an kini aku kembali dengan nafas yang baru. (Cewah). Bangkit daripada kegagalan hidup mengajar aku lebih dewasa menghadapi segala kemungkinan yang datang. 

 Menghela udara kurniaan Ilahi. Alhamdulilah aku masih di beri kesempatan meneruskan kehidupan sebagai 'Khalifah' di bumi. Di petang jumaat yang hening dengan di susuli bunyi wisel polis bantuan membantu mempercepatkan urusan lalu lintas pekerja/orang ramai dalam UiTM masing masing datang dan pergi meninggalkan kampus. 

Aku sendirian memerhati suasana petang melalui cermin bilik. Bilikku menghadap laluan keluar masuk pintu gate belakang UiTM Shah Alam, Ku perhatikan masing-masing sibuk melalukan aktiviti petang. Ada yang berjogging, ada yang bersendirian melayan diri sendiri, Opss akulah tuu, hehehe.

Okay tamat untuk mukaddimah, kekeke. Sebenarnya aku nak cerita pasal apa itu kegagalan. Dan aku tak lari daripada menghadapi kegagalan. Kegagalan tuu bukan asbab untuk kau tak BOLEH berjaya tapi sebenarnya lebih kepada pembakar semangat untuk kau terus menerus memperbaiki kehidupan kau.

Jika hari ini kau JATUH terguling-guling di timpa kegagalan. Jangan mengalah dan terus gibab. Tapi bnagkitlah dari kegagalan tersebut. SEBABNYA 

Orang yang berjaya adalah orang yang bijak bangkit dan terus berdiri melawan kegagalan tersebut.


Rasullah S.A.W bersabda " Ada dua anugerah yang disia-siakan manusia iaitu Kesihatan dan Waktu Lapang" Ibnu Abbas R.a. So nikmat waktu lapang kita gunakan untuk baiki dan bangkit daripada kegagalan lalu. Kadang-kadang kita cakap kacang je nak bangkit dan bangkit daripada kegagalan tapi hakikatnya pahit jugak nak kena hadam. So, apa yang kita kena buat dalam tempoh masa kebangkitan tuu. Kita kena ikhlaskan diri kita dulu dengan ujian yang kita tengah hadapi tuu.

So, for those yang sedang diuji tuu selamat menikmati ujian dengan penuh kesabaran. Sob Baa Ro. SABAR ! SABAR itu indah even kita dok sebut indah INDAH dan indah tapi hakikatnya selalunya dibalik tirai hati kita tuuu  kan sebenarnya penuh dengan tangisan.

Ingat satu perkara bila mana kita ditimpa ujian maka kembalilah dekat pada Allah. Allah sangat merindui tangisan kita. Semakin banyak mehnah dan ujian yang kita hadapi semakin kita rapat denganNya. Sesungguhnya Al-Khaliq sentiasa bersama kita di setiap saat dan ketika. Maka jangan sombong untuk berdoa.

Selamat menikmati episod kehidupan yang dalamnya penuh dengan isi-sis ujian. MashaaAllah. 






No comments:

Post a Comment