Hai, hari ini entri aku adalah mengenai apa yang terjadi di setiap hari yang kita lalui itu. Sememangnya ia sangat bermakna. Dimana ianya akan menjadi catatan sejarah dalam hidup kita. Aku juga sebagai seorang manusia biasa juga takkan lari daripada mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan. Oleh yang demikian, aku telah mengambil beberapa langkah agar aku dapat memanfaatkan setiap waktu yang berjalan itu dengan baik kerana masa itu sangat berharga. Langkah-langkah yang aku di ambil seperti :
1) Muhasabah diri ( Reflection)
Kita sebagai manusia. Tapi adakah kita 'perfect' Tentu tidak bukan?? Oleh disebabkan ketidaksempurnaan itu sememangnya kita boleh isi dengan membuat penambahbaikan. Jadi, kita mesti buat semakan semula tentang diri kita. Tanya diri kita semula bahawa adakah perbuatan dan percakapan seharian kita telah membuatkan kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya? Ataupun masih di takuk lama. Jika sudah semakin baik. Alhamdulilah, cuba berusaha mengekalkannya. 'KEEP ON DOING IT'. Tapi jika semakin teruk dan banyak melakukan perkara-perkara 'lagha' usaha lagi untuk berubah menjadi baik. Selagi kita menghirup udara di bumi Allah ini pintu untuk berubah sentiasa terbuka untuk kita. Lihatlah betapa Allah menyayangi hambanya. Tidakkah kita sedar semua itu?? Tepuk dada tanya iman >.<
Oleh itu, aku telah mengambil langkah 'evaluate' diri dari semua aspek. Bermula daripada pengurusan diri, hubungan kita dengan Allah..hubungan kita dengan manusia dan sebagainya. Sememangnya ia merupakan langkah yang mudah tapi kemudahan itu sebenarnya sangat mencabar. Oleh yang demikian, aku perlu renung dengan berfikir sejenak objektif utama mengapa aku hidup di dunia ini. Dan ternyata jawapan yang aku peroleh cukup mematangkan pemikiran aku.
2) Bersyukur
Hurm, sekarang ramai orang terlepas pandang soal berterima kasih kepada Allah atas apa jua ujian yang telah berlaku. Sememangnya ujian Allah itu sangat indah dan sesungguhnya Allah sangat suka pada orang yang bersyukur kerana ditimpakannya ujian. Sifat kesabaran mereka menempuh ujian Allah itu, Allah gandakan lagi dengan nikmatnya. Oleh itu, lapangkan dada..tenangkan hati dan fikiran serta kiralah nikmat yang Allah beri pada kita setiap hari.
Justeru itu, apa yang aku nak cuba sampaikan ialah kehidupan ini terlalu baik untuk kita nikmati. Kalau kita dah messed up apa yang kita telah lakukan setiap hari. Kita kena buat something new ! Setiap hari kita adalah hari yang terbaik untuk kita up to date. So remember that are making reflection, change your perspective into something more interesting and be grateful. >.<
No comments:
Post a Comment