MUSIC

Wednesday, 22 May 2013

Ada Orang Yang Suka ??

HAHA.
Ada orang yang suka??
So what ?? Like I care :P

Ada orang cakap ..
Hey ada orang suka kau laa..
Bila dah ada orang yang suka kita.. 
Why not kita terima je dia ??
Grab jela peluang tuh !
Rugi kalau lepaskan peluang nie. huhuhu 

Jawapan aku....
TAK ! Aku langsung tak menyesal.
Sure ! Aku langsung tak menyesal :) 
Malah lagi gembira..

Orang suka kita. Alhamdulilah.. 
Tapi kalau nak berhubugan untuk tempoh yang panjang. Aku tanak !
Aku mengaku yang perangai aku memang pelik.(extarordinary kononnya).
Sikap aku memang berbeza daripada orang lain.
Biarlah apa orang nak kata pun. Aku tak kisah! Hehe.

Aku mengaku kekadang persepsi aku salah. haha. 
Yelaa semua yang aku buat nak ikut kepala hotak aku jee.( Mana tak nyerr, hehe). 

Berbalik kepada topik asal..
Sebenarnya...
Ada orang bila aku bagi peluang. Banyak kali tapi x clear. 
Aku ego ke? 
Dan orang tuh pun tak perasan yang aku sedang bagi peluang. 
Dan kebanyakan peluang yang aku bagi itu, dipersia2kan tapi orang tuh tak habis-habis mintak di beri peluang.(Hampeh!)

Ada orang aku tak bagi peluang. 
Sebabnya aku dia takde ciri-ciri seperti mana yang aku inginkan(Almaklum nak menjejak zaman kedewasaan ini, aku sudaa berfikiran secara logika.HAHA)
Tapi 'dia' beria-ria nak cari peluang tuh! 
Tapi akhirnya dia kalah jua dalam pencarian hati aku. 
Padan muka kaw :P

So, walau macamana keadaan sekali pun, berapa ramai orang sekali pun yang aku reject. Aku tak kisah. Aku tak pernah menyesal. Sikit pun tak kisah.

Kerana aku percaya dan yakin..
Sesuatu yang sudah ditakdirkan akan menjadi milik kita. 
Allah takkan biarkannya menjadi milik orang lain.

Sejak semakin dewasa ini aku tak risau sape-2 yang aku reject. Zaman kanak-kanak dulu takutlah jugak kalau di 'rejek' takde sape yang ingin berkawan dengan aku. 
Takut, sedih, kecewa dan segala macam perasaan aku alami. 
Tapi, kini aku semakin bijak untuk tidak mengambil langkah itu yang mana aku pasti pengakhiran hubungan itu akan menyebabkan aku jadi lemah. 

Setakat ney aku takde rasa bersalah sebab takde lelaki yang betul-2 frust bile aku reject ! 
So, aku hepi je sebab aku tak perlu membazirkan setitik air mata aku untuk seseorang yang bukan sah menjadi milik aku. 
Takde nyerr aku nak frust menonggeng dan dia yang aku reject frust. So, alhamdulilah aku gembira dengan kehidupan yang sekarang.:)


Wednesday, 15 May 2013

Setiap hari itu penuh bermakna

Assalamualaikum..

Hai, hari ini entri aku adalah mengenai apa yang terjadi di setiap hari yang kita lalui itu. Sememangnya ia sangat bermakna. Dimana ianya akan menjadi catatan sejarah dalam hidup kita. Aku juga sebagai seorang manusia biasa juga takkan lari daripada mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan. Oleh yang demikian, aku telah mengambil beberapa langkah agar aku dapat memanfaatkan setiap waktu yang berjalan itu dengan baik kerana masa itu sangat berharga. Langkah-langkah yang aku di ambil seperti :

1) Muhasabah diri ( Reflection)
Kita sebagai manusia. Tapi adakah kita 'perfect' Tentu tidak bukan?? Oleh disebabkan ketidaksempurnaan itu sememangnya kita boleh isi dengan membuat penambahbaikan. Jadi, kita mesti buat semakan semula tentang diri kita. Tanya diri kita semula bahawa adakah perbuatan dan percakapan seharian kita telah membuatkan kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya? Ataupun masih di takuk lama. Jika sudah semakin baik. Alhamdulilah, cuba berusaha mengekalkannya. 'KEEP ON DOING IT'. Tapi jika semakin teruk dan banyak melakukan perkara-perkara 'lagha' usaha lagi untuk berubah menjadi baik. Selagi kita menghirup udara di bumi Allah ini pintu untuk berubah sentiasa terbuka untuk kita. Lihatlah betapa Allah menyayangi hambanya. Tidakkah kita sedar semua itu?? Tepuk dada tanya iman >.< 

Oleh itu, aku  telah mengambil langkah 'evaluate' diri dari semua aspek. Bermula daripada pengurusan diri, hubungan kita dengan Allah..hubungan kita dengan manusia dan sebagainya. Sememangnya ia merupakan langkah yang mudah tapi kemudahan itu sebenarnya sangat mencabar. Oleh yang demikian, aku perlu renung dengan berfikir sejenak objektif utama mengapa aku hidup di dunia ini. Dan ternyata jawapan yang aku peroleh cukup mematangkan pemikiran aku.



2) Bersyukur


Hurm, sekarang ramai orang terlepas pandang soal berterima kasih kepada Allah atas apa jua ujian yang telah berlaku. Sememangnya ujian Allah itu sangat indah dan sesungguhnya Allah sangat suka pada orang yang bersyukur kerana ditimpakannya ujian. Sifat kesabaran mereka menempuh ujian Allah itu, Allah gandakan lagi dengan nikmatnya. Oleh itu, lapangkan dada..tenangkan hati dan fikiran serta kiralah nikmat yang Allah beri pada kita setiap hari.

Justeru itu, apa yang aku nak cuba sampaikan ialah kehidupan ini terlalu baik untuk kita nikmati. Kalau kita dah messed up apa yang kita telah lakukan setiap hari. Kita kena buat something new ! Setiap hari kita adalah hari yang terbaik untuk kita up to date. So remember that are making reflection, change your perspective into something more interesting and be grateful. >.<