Buku adalah kawan duduk yang tidak akan memujimu dengan berlebihan,,sahabat yang tidak akan menipumu serta rakan yang tidak akan membuatmu bosan.Dia adalah kawan yang bertolak ansur yang tidak akan menghalaumu..Dia adalah jiran yang tidak akan menyakiti dan dia juga tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang kamu punyai.Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya dan sesuka hati.Tidak juga menipumu dengan kemunafikan dan tidak sesekali membohongimu.Buku menjadi kawan yang setia pada dirimu tidak kira pada waktu siang mahupun waktu malam.Kawan yang akan sentiasa mengikutmu ke mana sahaja tidak kira di mana-mana tempat sekalipun.Dia tidak pernah mengantuk dan tidak akan letih.Dia akan menjadi pengubat kesedihanmu dan jika kamu memerlukannya maka dia tidak akan merasa malu untuk mendengar masalahmu.Jika kamu meninggalkannya kerana hal-hal lain maka dia tidak akan memutuskan faedahnya.Walaupun kamu meninggalkan dia tetap akan setia menunggumu.Sungguhpun ada angin yang akan menyerangmu dia tidak akan berpaling ! Kesunyian kamu akan terubat selagi kamu selalu bersamanya.Seindah-indah kawan yang kamu temui dialah yang akan membuatmu tersenyum lebar ..
Sesungguhnya kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa bersamamu waktu susah mahupun senang! Kawan yang ikhlas yang dapat menerimu seadanya meskipun kamu mempunyai kekurangan.Dia tidak akan sesekali mengungkapkan kekurangan dirimu.Tidak juga menceritakan keaibanmu pada sesiapa.Dia akan menjadi sahabat yang setia padamu.Kawan yang tidak pernah membuatmu mengalirkan air mata kesedihan.Kawan yang sentiasa membuatmu tenang apabila kamu di timpa kemurungan.Hargai buku-buku kamu itu !
No comments:
Post a Comment